Thursday, February 25, 2010

Niyang Rapik



Sinopsis:
Cerita bermula dengan kematian Zack disebabkan busung pada perutnya. Selepas majlis tahlil arwah Zack, Helmi , Saiful , Zizan dan Amir dikejutkan dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik.

Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah kerambit lama dari kampung Niyang Rapik sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana. Atas nasihat seorang bomoh di kampung Zack, mereka berempat di arah untuk memulangkan semula kerambit tersebut kerana di khuatiri ianya adalah penyebab Zack menderita penyakit busung tersebut.

Setibanya mereka di sana mereka di sambut oleh anak gadis Ketua Kampung iaitu Laila. Laila adalah anak Tok Neram, Penghulu yang banyak membantu mereka berlima semasa menjalankan kajian di Niyang Rapik dahulu.

Kerambit telah dipulangkan kepada bapa Laila. Tetapi mereka pula menjadi mangsa gangguan-gangguan misteri yang makin menjadi-jadi.

Ada kesalahan besar yang telah salah seorang dari mereka berlima lakukan sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu.

Apa sebenarnya perkara yang mereka lakukan hingga membawa kepada kematian Zack? Siapa diantara mereka yang harus bertanggungjawab?


Citer ni best... ambience horror dia efektif... and takde la sgt penggunaan efek kuat yg menggugurkan jantung tiap kali antu muncul...

Actually, citer ni tak deal ngan antu directly, walaupun ada kehadiran mende2 tu...

Jalan citer ok, lakonan ok... leh layan... :)

Pelakon:

Kamal Adli sbg Helmi

Awal Ashaari sbg Amir

Fizz Fairuz sbg Zack

Zed Zaidi sbg Saiful

Liyana Jasmay sbg Laila

Shaheizy Sam sbg Zizan (dtg lambat...), Nasir Bilal Khan (Tok Neram) dan Sahronizam Noor (Pak Salleh)

Dah start tayang hari ni filem arahan Ahmad Idham nih... gi la tengok, esok cuti lak tuh... :)
Dah dengar lagu tema filem ni nyanyian Zizie dan Wangi (Fabulous Cats)? Syurga Seketika... best... :)


Nak full review, pegi http://moviewritings.blogspot.com


4 comments:

zac zirwan said...

kalo nasir bilal khan ade..aku nak tengok r..hehe

Anonymous said...

baguih punya promote..sok nak pi tengok kut...dengan anak-anak..

asphaq said...

wah..
nampak menarik..
nak pegi tgok lah..

Nor Hayati B. said...

nak tengok nie..
tp busy sgt dgn assignment.. :)

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails